Khamis, 30 Julai 2009

Peningnya Kepala!


Aku seminggu ni selalu sahaja pening kepala. Mula-mula aku sangkakan tekanan darah tinggi sebab aku sememangnya ada rekod mengalami penyakit ini. Namun bila aku buat pemeriksaan doktor, tekanan darah aku stabil. Tapi serius aku sentiasa mengalami pening kepala, biji mata aku bagaikan nak tersembul keluar seperti kena korek kemudian bermula dari pinggang sehingga kaki aku akan merasa sakit. Aku rasa seperti tidak bermaya.

Namun yang menjadi tanda tanya pada diri aku ialah aku hanya mengalami penyakit ini mulai Maghrib sahaja. Ketika azan Maghrib mula berkumandang aku terus sakit sehingga subuh. Kemudian siang nya aku menjadi cergas semula, segala kesakitan aku hilang sebegitu sahaja.

Ramai juga kawan-kawan menasihati aku supaya berubat secara traditional, sebab bagi mereka penyakit aku ini seperti mistik lagipun doktor juga mengatakan aku sihat. Tambahan ubat penahan sakit yang diberikan oleh doktor kepada aku sememangnya tidak berkesan langsung apabila sakit aku muncul. Namun sampai hari ini ku belum lagi bercadang berubat secara kampung sebab aku tidak percaya sangat kepada perkara-perkara sedemikian. Bagi aku kuasa Tuhan lebih besar dari segalanya. Buat masa ini aku biarkan sahaja penyakit aku ini walaupun setiap kali Maghrib aku akan menahan segala kesakitannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan