Khamis, 30 Julai 2009

Peningnya Kepala!


Aku seminggu ni selalu sahaja pening kepala. Mula-mula aku sangkakan tekanan darah tinggi sebab aku sememangnya ada rekod mengalami penyakit ini. Namun bila aku buat pemeriksaan doktor, tekanan darah aku stabil. Tapi serius aku sentiasa mengalami pening kepala, biji mata aku bagaikan nak tersembul keluar seperti kena korek kemudian bermula dari pinggang sehingga kaki aku akan merasa sakit. Aku rasa seperti tidak bermaya.

Namun yang menjadi tanda tanya pada diri aku ialah aku hanya mengalami penyakit ini mulai Maghrib sahaja. Ketika azan Maghrib mula berkumandang aku terus sakit sehingga subuh. Kemudian siang nya aku menjadi cergas semula, segala kesakitan aku hilang sebegitu sahaja.

Ramai juga kawan-kawan menasihati aku supaya berubat secara traditional, sebab bagi mereka penyakit aku ini seperti mistik lagipun doktor juga mengatakan aku sihat. Tambahan ubat penahan sakit yang diberikan oleh doktor kepada aku sememangnya tidak berkesan langsung apabila sakit aku muncul. Namun sampai hari ini ku belum lagi bercadang berubat secara kampung sebab aku tidak percaya sangat kepada perkara-perkara sedemikian. Bagi aku kuasa Tuhan lebih besar dari segalanya. Buat masa ini aku biarkan sahaja penyakit aku ini walaupun setiap kali Maghrib aku akan menahan segala kesakitannya.

Selasa, 28 Julai 2009

Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMK Batu Lintang (Seri Lintang) 1991-1996 : Tinggal Satu Kenangan


Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMK Batu Lintang : Halina Lim, Florence Dahlia, Shanty Pero, Dexter Eng, David Neo, Freddy, Joyce Bulan, Iswandy, Zahir, dan Christine

Melihat gambar ini membuatkan diri aku rindu untuk kembali aktif dalam bidang tarian. Rasanya hampir 10 tahun aku tidak menari (kalau setakat untuk jabatan kat tempat kerja tu tak payah lah nak kira, setakat persembahan kecil saje).

Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMK Batu Lintang (Seri Lintang) pernah menjadi nama yang begitu gah dan disegani di daerah Kuching. Seri Lintang berdiri sama hebat dengan SMK Tun Abg Hj Openg (Seri Openg), SMK Green Road, SMK Bandaraya Kuching dan SMK Sg Tapang (ketika itu hanya antara 5 sekolah ini sahaja yang akan merangkul Johan, Naib Johan dan tempat Ke-3). Dalam tempoh 5 tahun (1991-1996), Kumpulan Seri Lintang telah banyak mencatat sejarah nya tersendiri. Bermula dengan Johan Festival Tari Sekolah-sekolah anjuran Kampung Budaya pada tahun 1992, dan Festival tari ini adalah yang pertama dipertandingkan. Dalam tahun yang sama juga Kumpulan Seri Lintang diberi tanggungjawab sebagai wakil Borneo mewakili Malaysia ke Pertukaran Kebudayaan Pelajar-pelajar Malaysia - Jepun yang berlangsung di Negara Matahari Terbit itu. Dari tahun 1991-1996 juga kumpulan Seri Lintang tidak pernah ketinggalan membuat persembahan di Permainan Perbatasan Malaysia - Indonesia bersama-sama Kumpulan Seri Openg.

Naib Johan Pertandingan Wirawan Seni Remaja EON Kebangsaan 1993 (Kategori Tarian)

Pada tahun 1993 melakar satu lagi kenangan baru apabila Kumpulan Seri Lintang berjaya mewakili Sarawak ke Pertandingan Wiraman Seni Remaja EON Kebangsaan dan merangkul Naib Johan. Walaupun sekadar naib johan namun itu adalah pertandingan kebangsaan yang pertama disertai oleh Kumpulan Seri Lintang. Pada tahun itu juga, kumpulan ini diberi kepercayaan untuk mempersembahkan 2 tarian iaitu Tarian Iban dan Tarian Orang Ulu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan Kuching. Serta membuat persembahan ketika Konvensyen Pengetua-pengetua dan Guru Besar-guru besar Kebangsaan di Kuching. Tahun 1993 bersemperna dengan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuching, kumpulan ini diberi kepercayaan untuk turut serta di dalam pementasan Muzikal Teater "THE KING AND I" yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu SMK Batu Lintang, SMB St. Thomas, SMB St. Mary, SMB St. Teresa dan Lodge School. Produksi teater muzikal ini dibawa khas daripada England dan dipersembahkan dihadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong, TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Perdana Menteri, Ketua Menteri dan jemaah-jemaah menteri kabinet. Dalam tahun yang sama di Festival Tari Sekolah-sekolah anjuran Kampung Budaya Sarawak, Kumpulan Seri Lintang tidak menyertainya namun kami dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis penyampaian hadiah. Tahun itu menyaksikan SMK Tun Abg Hj Openg merangkul kejuaraan.

Johan Pertandingan Wirawan Seni Remaja EON Kebangsaan 1994 (Kategori Tarian)

Johan Festival Tari Antara Sekolah-sekolah anjuran Kampung Budaya Sarawak 1994 (Kategori Sekolah Menengah)

Pada tahun 1994, SMK Batu Lintang kembali semula mewakili Sarawak ke Pertandingan Wirawan Seni Remaja EON kebangsaan dimana pada tahun ini Sarawak menjadi Johan Kategori Tarian. Dan dalam tahun yang sama di Festival Tari Sekolah-sekolah anjuran Kampung Budaya Sarawak, SMK Batu Lintang dinobatkan sebagai Johan kategori Sekolah Menengah yang menyaksikan SMK Tun Abg Hj Openg (Naib Juara) dan SMK Sg. Tapang (Tempat Ke-3) dengan SMK Petra Jaya mendapat Anugerah khas Juri. Dan di pertandingan yang sama, perkara yang tidak boleh dilupakan apabila SMK Tun Abg Hj Openg memulakan kebakaran dibelakang pentas. Dalam tahun yang sama kumpulan Seri Lintang diberi kepercayaan membuat persembahan ketika perasmian RAKAN MUDA, RAKAN SENI BUDAYA perigkat Kebangsaan yang diadakan di Kuching.

Tahun 1995, di Festival Tari Sekolah-sekolah anjuran Kampung Budaya Sarawak menyaksikan yang SMK Batu Lintang mendapat tempat ke-3 dimana Johan adalah SMK Tun Abg Hj Openg. Mengikut juri-juri hakim dan Ketua Hakim yang terdiri daripada Pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (sekarang ASWARA), tarian SMK Batu Lintang dan Kostum terlalu MALAYSIA dan bukan menampilkan keaslian negeri Sarawak. Pada tahun itu juga SMK Batu Lintang mewakili Kuching ke Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah anjuran Kementerian Pelajaran di Sarikei, namun hanya mendapat Naib Johan.

Pada tahun 1996, kumpulan kami tidak menyertai mana-mana pertandingan memandangkan 90% penari adalah terdiri daripada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Tahun itu juga menyaksikan guru pembimbing ditukarkan ke SMK Tun Abg Hj Openg. Namun kami tetap menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di sekitar Bandaraya Kuching.

Kini Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMK Batu Lintang hanya tinggal kenangan namun yang paling membanggakan 3 daripada penari-penari kami masih mencurahkan bakti dalam bidang ini. Cikgu Halina Lim dan Cikgu Shanty Pero mengajar serta memimpin Sekolah Seni Kuching, manakala Cikgu Iswandy memimpin SMK Pusa. Zahir Ahmad salah seorang penari kami juga menjadi penari Kumpulan Petra dan mengajar beberapa kementerian serta jabatan kerajaan di sekitar kuching dalam bidang tarian. Aku pula pertandingan terakhir yang saya sertai ialah pada tahun 2001 mewakili Kementerian Pelajaran di Pertandingan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran yang berlangsung di Kelantan. Namu yang pasti kebanyakkan pernari-penari sekolah sekarang dari kurus dah menjadi berisi.. hahaha.. Kumpulan Seri Lintang akan tetap di hati aku.

Isnin, 27 Julai 2009

Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak

Hari ini telah mencatat satu lagi sejarah dan kebanggan di dalam kehidupan warga Sarawak. Hari ini Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Untuk pengetahuan semua, DUN negeri Sarawak adalah merupakan yang tertua di Malaysia. Sejarah DUN negeri Sarawak yang pertama berlangsung pada 8 September 1867 di Bintulu. Sejak itu tempat persidangan DUN telah berubah sebanak 7 kali sehinggalah di bangunan baru ini.



Bangunan 9 tingkat ini berharga RM300 juta, dengan bumbung berbentuk "terendak" serta dilengkapi dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang ini, memiliki seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Kompleks DUN yang baru ini disifatkan sebagai mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia, beliau berkata bangunan mesra golongan kurang upaya ini memiliki keluasan 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Pada esok dan lusa (28 Julai 2009 - 30 Julai 2009), Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja ke-218 akan berlangsung di kamar persidangannya di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November ini.

Perasmian bangunan itu sendiri merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua Sultan dan Yang di-Pertua Negeri.

Kompleks DUN yang lama akan dijadikan sebagai Kompleks Budaya Negeri Sarawak.


Permandangan Kompleks DUN Sarawak yang baru (gambar-gambar sumbangan saudara Chan Lip Siang)

Suka Makan Ketika Tertekan

Aku kalau dalam tekanan mahupun menghadapi masalah yang besar, biasanya aku ni cepat lapar. Dari kecil lagi perangai aku begini, aku akan makan dan makan untuk setiap kali ada masalah. Hari ini aku rasa cam teringin makan Kueh Tiaw Goreng Seafood dan burger ayam. Tapi masalahnya di kawasan perumahan tempat aku duduk ni tidak ada gerai burger, oleh itu aku terpaksa menapak sehingga ke KFC semata-mata untuk membeli Zinger Burger kegemaran ku dari dahulu lagi. Kueh Tiaw Goreng Seafood aku bungkus dari kedai makan belakang rumah. Kueh Tiaw Goreng Seafood dia sememangnya sedap. Setiap kali aku berkunjung ke sana, aku hanya memesan Kueh Tiaw Goreng Seafood sahaja. Sambil menulis catatan ini, aku tengah enak menjamu selera. Selamat Menjamu Selera kawan-kawan.

Ini dia Kueh Tiaw Goreng Seafood kegemaran aku. Ada sotong, udang dan ikan.

Ada 4 ekor saja udang nya, memang kedekut tapi tetap sedap. Harga sebungkus Kueh Tiaw Goreng Seafood ini ialah RM5.00 dan sememangnya mahal.

Ini dia Zinger Burger KFC dengan fillet ayam pedas yang rangup.

Sememangnya menyelerakan, Selamat Menjamu Selera.

When You Believe

Hari ni sememangnya satu hari yang membawa dugaan besar kepada aku di sini. Dugaan demi dugaan menimpa diri ini. Nak tahu kenapa? Orang-orang di tempat kerja mengatakan aku telah berhenti kerja. Tetapi aku tidak faham, apa situasi aku sekarang di tempat kerja. Notis pemberhentian tidak pernah dihantarkan kepada aku, yang aku tahu, gaji aku tidak dikelurkan selama 2 bulan. Tapi aku menerimanya dengan sepenuh hati sebab sememangnya itu adalah salah aku sendiri. Duduk berseorangan di dalam bilik aku, semamangnya menenangkan hati ini. Ketika aku sibuk melayari You Tube aku dengan tidak sengaja membuka video lagu When You Believe nyanyian Mariah Carey dan Whitney Houston. Apabila aku mendengar dan menghayati liriknya, aku sedar bahawa sekiranya kita percaya kepada Dia dan sentiasa berdoa memohon petunjuknya, maka Dia akan menunjukkan keajaiban kepada umat-umat yang mempercayaiNya. Setiap dugaan, ujian dan rintangan yang aku lalui sebab Dia yang tentukan. Dia menguji sejauh mana akumasih mampu bertahan pada iman ku dan terus mempercayaiNya.

Many nights we've prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopefull song
We barely understood

Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we knew we could


There can be miracles, when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe


In this time of fear
When prayers so often prove(s) in vain
Hope seems like the summer birds
Too swiftly flown away

Yet now I'm standing here
My heart's so full I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'd say

There can be miracles, when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe


They don't (always happen) when you ask
And it's easy to give in to your fears
But when you're blinded by your pain
Can't see your way straight throught the rain
(A small but )still resilient voice
Says (hope is very near)

There can be miracles
(Miracles)
When you believe
(Lord, when you believe)
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles,you can achieve
When you believe, somehow you will
somehow you will
You will when you believe

You will when you
You will when you believe
Just believe...in your heart
Just believe
You will when you believe

Untuk itu, aku menanamkan semangat baru mulai hari ini yang aku akan terus tabah menghadapi segalanya. Hari ini 27 Julai 2009 akan menjadi hari baru dalam hidup aku. Aku akan terus berjuang dalam hidup, sebab aku percaya di dalam diri aku masih memiliki kekuatan untuk terus berjaya. Aku bukan manusia yang mudah mengalah, aku manusia yang penuh dengan cita-cita, dan aku manusia yang senantiasa ingin berjaya dalam apa juga perkara yang aku lakukan. Aku percaya segala masalah walaupun sebesar mana pun sekiranya kita mampu berfikir dengan matang dan waras, sudah pasti kita akan jumpa jalan penyelesaian. Namun jangan lupa bahawa ada yang lebih hebat daripada kita, iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui. Walauapapun kita perlu kembali kepada Dia, berdoa dan terus berdoa untuk menerima petunjukNya. Dia akan terus membimbing dan memberkati kita apabila kita memintanya tanpa henti dan penuh keikhlasan.

“Pada suatu kali banyak orang berduyun-duyun mengikuti Yesus dalam perjalanan-Nya. Sambil berpaling Ia berkata kepada mereka: "Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku. Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak dapat menjadi murid-Ku. Sebab siapakah di antara kamu yang kalau mau mendirikan sebuah menara tidak duduk dahulu membuat anggaran biayanya, kalau-kalau cukup uangnya untuk menyelesaikan pekerjaan itu? Supaya jikalau ia sudah meletakkan dasarnya dan tidak dapat menyelesaikannya,jangan-jangan semua orang yang melihatnya, mengejek dia, sambil berkata: Orang itu mulai mendirikan, tetapi ia tidak sanggup menyelesaikannya. Atau, raja manakah yang kalau mau pergi berperang melawan raja lain tidak duduk dahulu untuk mempertimbangkan, apakah dengan sepuluh ribu orang ia sanggup menghadapi lawan yang mendatanginya dengan dua puluh ribu orang? Jikalau tidak, ia akan mengirim utusan selama musuh itu masih jauh untuk menanyakan syarat-syarat perdamaian. Demikian pulalah tiap-tiap orang di antara kamu, yang tidak melepaskan dirinya dari segala miliknya, tidak dapat menjadi murid-Ku” (Luk 14:25-33)

“Lakukanlah segala sesuatu dengan tidak bersungut-sungut dan berbantah-bantahan, supaya kamu tiada beraib dan tiada bernoda, sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela di tengah-tengah angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini, sehingga kamu bercahaya di antara mereka seperti bintang-bintang di dunia, sambil berpegang pada firman kehidupan” (Flp 2:14-16a)

“Sesungguhnya, aku percaya akan melihat kebaikan TUHAN di negeri orang-orang yang hidup! Nantikanlah TUHAN! Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu! Ya, nantikanlah TUHAN!” (Mzm 27:13-14)