Ahad, 26 Julai 2009

Pakatan Pembangkang Kalah Di Batang Ai Sebab Penduduk Sarawak Pakai CAWAT?

Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.

Dalam ceramah itu, beiau dipetik berkata; "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," kata beliau dan kenyataan beliau itu dilaporkan dalam portal berita Malaysiakini.

Beberapa pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan istilah ‘cawat’ yang digunakan oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Dato Sri Hafsah Harun berkata beliau percaya Abdul Hadi bukan berniat untuk merendahkan martabat kaum Dayak.

Beliau berkata perkataan ‘cawat’ yang digunakan bermakna pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai masih mempunyai mentaliti orang lama apabila masih menyokong Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan sokongan pembangkang di kalangan rakyat.

Beliau turut mencadangkan agar pemimpin PAS di Sarawak menjelaskan kepada rakyat apa maksud sebenar Abdul Hadi apabila menggunakan perkataan ‘cawat’ agar pengundi tidak terpengaruh dengan agenda BN.

Bagi kita di PKR, kita akan terus berjuang untuk memenangi hati rakyat meskipun ada pihak yang cuba mengalih perhatian,” katanya.



Cawat? Ketika penulis membaca kenyataan Presiden PAS tersebut di akhbar tempatan Sarawak (The Borneo Post) sememangnya penulis merasa amat geram dan marah. Penulis sebagai anak jati Bumi Kenyalang dan berbangsa DAYAK merasa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS tersebut sebagai satu penghinaan. Penulis berasa hairan bagaimana seorang ahli politik berpengalaman yang lama berkecimpung dalam dunia politik ini dan paling penting seorang ketua yang memimpin sesebuah parti politik, menjadi begitu cetek pemikirannya sehingga boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian hina, sekadar untuk "menyejukkan" hati beliau bahawa Pakatan Pembangkang belum mampu menawan Sarawak daripada Barisan Nasional (BN)?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat PKR Sarawak untuk membela rakan sekutu beliau dalam Pakatan Pembangkang bagi penulis sebagai satu kenyataan untuk membela diri mereka sahaja. Biasalah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sememangnya buruk padahnya", dan sememangnya menjadi tabiat pihak pembangkang untuk mencari helah setelah melakukan kerosakkan. Setahu penulis lah Datuk Sri Hafsah Harun bukan anak tempatan Sarawak. Justeru itu dia belum layak lagi untuk bersuara lebih-lebih lagi apabila isu maruah anak Sarawak menjadi bahan senda pihak pembangkang. Penulis berkata sedemikian sebab faham ke si Datuk Sri Hafsah Harun tentang budaya dan norma kehidupan masyarakat bumiputera di Sarawak.

Namun yang paling membuat penulis marah dan sedih ialah disebabkan kenyataan Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edmund Stanley Jugol berkata beliau tidak terguris perasaan apa-bila membaca laporan akhbar berkenaan kenyataan Abdul Hadi.

Saya percaya Abdul Hadi tidak bermaksud untuk menghina. Kita juga kadang-kadang bergurau ketika duduk di kedai kopi,” katanya. Sebagai anak Sarawak, Edmund boleh menjual maruah dia dengan menganggap bahawa kenyataan Presiden PAS sebagai satu bahan gurauan di kedai kopi. Penulis hairan sama ada Edmund ni waras ataupun tidak. Sepatutnya Edmund malu untuk mengaku dirinya sebagai anak jati Sarawak!

Tidakkah Pakatan Pembangkang sedar bahawa Sarawak semenjak kemasukkannya ke dalam Malaysia pada tahun 1963, iklim politik di sini hanya tertumpu kepada parti pemerintah (dengan bangga penulis ingin menyatakannya BARISAN NASIONAL).

Mengapa rakyat Sarawak masih memilih untuk mengundi BN? Bukan kerana kami semua memakai cawat, tetapi kerana kehadiran BN lah cawat-cawat tersebut telah berubah kepada pakaian yang elok. BN telah banyak membawa kemajuan kepada negeri ini. Melalui kerajaan negeri yang memerintah kini dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat, Sarawak telah mengalami satu anjakan paradigma yang besar. Pelbagai pembangunan telah disusun, perkembangan ekonomi yang positif, kecemerlangan anak-anak Sarawak melalui peluang pendidikan tidak kira di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi yang disediakan oleh pihak Kerajaan serta kesepaduan sosio budaya diantara kaum yang sentiasa dipelihara oleh Kerajaan. Ini lah penyebab mengapa penduduk-penduduk Sarawak masih lagi berpegang teguh kepada Prinsip Rukun Negara untuk SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA. Mampukah pakatan Pembangkang membawa peubahan sebegini? Mungkin.. hanya pada manifesto ketika kempen sahaja! Lihat apa yang berlaku di Perak ketika Pakatan Pembangkang memerintah, huru-hara jadinya. Kita tinjau pula situasi politik di Pulau Pinang dan Selangor sekarang, pelbagai masalah yang timbul diatas ketidak kematangan Pakatan Pembangkang memerintah. Hentikan lah permainan sandiwara politik pembangkang, sedangkan 16 September tidak pernah menjadi kenyataan, ini kan pula menanam hajat untuk menawan Sarawak, teringat peribahasa "angan-angan mat jenin" begitulah perangai PAS, PKR dan DAP.

Penulis yakin ramai diantara pembaca-pembaca blog ini pernah datang ke negeri Sarawak. Penulis juga yakin bahawa tidak ada sesiapa pun yang pernah melihat penduduk di negeri ini hanya menggunakan cawat kecuali ketika persembahan kebudayaan sahaja. Penduduk Sarawak telah lama bertamadun, dan pastinya jauh bertamadun dari Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merasakan dirinya tinggi ilmu agamanya. Pendek kata, penduduk Sarawak sekarang telah jauh lebih bijak untuk memilih siapa pilihan mereka untuk mewakili suara mereka.

Sekiranya isu "Cawat" ini digunakan oleh BN untuk menjelaskan kekalahan mereka ketika pilihan raya, sudah semestinya kita dapat tahu apa reaksi pihak Pakatan Pembangkang. Silap-silap isu sebegini dibawa ke Mahkamah, ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan banyak lagi. Nasihat penulis kepada Pakatan Pembangkang, jangan menggunakan isu perkauman sebagai satu alasan, sebab isu ini telah membangkitkan kemarahan. Dan apabila sesebuah negara berlaku persengketaan diantara kaum, maka apa yang diperolehi? Bagi penulis masing-masing mampu berfikir sendiri, sebaliknya kita semua harus menjadikan gagasan SATU MALAYSIA : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, maka tidak mustahil rakyat akan menurus memilih kita. BUKAN DENGAN BERMAIN DENGAN TAKTIK YANG TIDAK BERTAMADUN!


2 ulasan:

  1. Wah.. bersemangat kau menulis ye Fred?
    biasalah ni lah dinamakan sebagai politik..
    semua nak dipolitikkan..
    cawat pun dah menjadi isu..
    esok2 ko tgk lah, isu kain sarung ke, kain basahan ke, kain batik ke? hehehe..

    BalasPadam
  2. Adoyai.. kain basahan lah pulok?
    ni dikatakan sbg MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.. hahaha

    BalasPadam