Isnin, 27 Julai 2009

Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak

Hari ini telah mencatat satu lagi sejarah dan kebanggan di dalam kehidupan warga Sarawak. Hari ini Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Untuk pengetahuan semua, DUN negeri Sarawak adalah merupakan yang tertua di Malaysia. Sejarah DUN negeri Sarawak yang pertama berlangsung pada 8 September 1867 di Bintulu. Sejak itu tempat persidangan DUN telah berubah sebanak 7 kali sehinggalah di bangunan baru ini.



Bangunan 9 tingkat ini berharga RM300 juta, dengan bumbung berbentuk "terendak" serta dilengkapi dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang ini, memiliki seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Kompleks DUN yang baru ini disifatkan sebagai mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia, beliau berkata bangunan mesra golongan kurang upaya ini memiliki keluasan 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Pada esok dan lusa (28 Julai 2009 - 30 Julai 2009), Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja ke-218 akan berlangsung di kamar persidangannya di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November ini.

Perasmian bangunan itu sendiri merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua Sultan dan Yang di-Pertua Negeri.

Kompleks DUN yang lama akan dijadikan sebagai Kompleks Budaya Negeri Sarawak.


Permandangan Kompleks DUN Sarawak yang baru (gambar-gambar sumbangan saudara Chan Lip Siang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan